Khamis, 17 November 2016

Kenapa Study 24 Jam Tapi Tak Dapat Score A ?




Hmm, ada yang tanya soalan macam ni pada aku. Tak kurang jugak yang up moments dan status. Hmm, kenapa yea korang dah study gila-gila, tak pernah ponteng sekolah, pergi tuisyen tapi why masih tak dapat score atau tak dapat nak target satu-ii subjek tu?


First of all, korang kena tengok dulu perangai korang macam mana dengan family,kawan-ii, cikgu,jiran-ii dan semua lah yang berkaitan. Tengok dari segi percakapan korang dan perbuatan. Korang ada sakitkan hati ibu bapa tak? Guru? Kawan? Korang pernah mengumpat tak? Mulut tu yang penting. Jaga mulut!

Okay untuk kasi korang lagi faham, aku selitkan kisah aku sekali.
Aku ada sorang kawan ni, dia ni aku tak tahu kenapa dengki sangat dengan aku. Dari mula aku masuk sekolah sampai lah nak habis sekolah, dia memang tak sebulu dengan aku. Tak pernah nak buat baik dengan aku. Dia ni ada geng lagi dua orang. Sorang lagi tu pun mulut boleh tahan and dia pun tak suka aku tapi sorang lagi tu baik orangnya.

Dia (Jamilah) bukan nama sebenar, selalu sindir-ii aku. Aku dulu kan selalu miss sekolah tapi bersebab tau. Bukan saja-ii. So, keesokkannya bila aku sekolah ada jela mulut bisa dia tu tegur aku. Contohnya,

"Asal tak datang? Asyik tak datang je sedar lah sikit nak exam besar tahun ni.."

Ya kawan aku tahu kau nak tegur aku tapi boleh tak kau jangan sindir-sindir cam gitu? Dah lah kau mengumpat depan aku mana lah aku tak panas. Tapi aku buat derk je. Malas nak bertekak plus aku ni pendiam student baru lah katakan. Tapi,kalau kau baca blog aku ni,aku nak kau tahu, aku akan ingat sampai bila-bila tiap-tiap ayat kau pada aku.

"Dah lah tak datang lepas tu menyusahkan orang kena pegang kertas dia.."

-wehh, aku pun tak ingin kau pegangkan aku punya lah. Simpan bawah meja aku tak boleh ke? Lagipun kertas sehelai je kot berat sangat ke nak masuk beg kau? Macam bawak batu ke kertas sehelai tu?

"Jangan lah jadi bodoh sombong! Nak cakap pandai takde lah pandai sangat huh. Tapi dah sombong macam apa.."

-hey! Aku ke kau sombong? Agak-agak lah nak cakap aku macam tu. Kau yang datang sekolah tak pernah miss pun tak dapat nak beat markah aku. Sebab apa? Sebab mulut lah. Tak melekat semua ilmu yang kau dapat.

"Lain kali datang sekolah. Ini aku yang kena whatsapp kau kerja rumah.."

-hello! Aku tak pernah mintak kau pun ok? Aku tanya kawan lain lagi bagus lah! Kau yang volunter nak hantar bagai tu dah kenapa? Aku tak pernah mintak kau ok?


So,korang faham kan? Study lah macam mana sekalipun,sekolah tak pernah ponteng,pergi tuisyen,kelas tambahan bagai tapi kalau mulut kau tak reti nak jaga,asyik nak mengumpatttt je keje,nak burukkan orang je usaha kau tu sia-sia. Faham?? SIA-II

Buktinya apa, aku result lagi tinggi dari kau. Mana pernah kau dapat beat aku. Segala caci maki yang kau cakap kat aku dulu aku diamkan je. Aku pekak kan telinga. Aku butakan mata. Bukan nak riak atau takbur aku lebih pandai dari dia. Tqpi untuk pengajaran yang semua ni berkula dari diri kita sendiri. Macam mana kau manage life kau,macam tu lah hasilnya.

Thats why lah hidup ni kau jangan dengki orang sngat. Jangan busuk hati sangat. Sekali lagi aku tekankan,jangan cakap aku riak, ini hanya pengajaran untuk korang supaya sedar diri sikit. Mana yang asyik mengumpat tu tolong lah insaf. Takde faedah. Malah merugikan kau. Apa kau dapat? Kepuasan ke? Huh nothing kau tau tak?

Dah,aku penat nak membebel. Meroyan kat sini. Harap kau hadamkan baik-baik manusia sekalian..

Till then,
From me with love..

Rabu, 16 November 2016

Pt3 Berakhir !


Okay,actually dah lama habis dah 10/10/2016 lepas tapi aku membusykan diri so tak sempat lansung aku nak update blog. Bukan busy apa, busy study lah nak masuk form 4 ni. Habis buku akak aku aku belek (poyo!) Haha! Tapi serius weh, aku terasa rajin gila nak study lepas pt3 ni. Sebelum ni tak pulak!

Hurm, aku ada mohon mrsm beberapa hari lepas and aku akan ada Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM pada 21/11/2016 (Isnin) terdekat ni. Aku nervous sebenarnya tak tahu nak baca apa nak study. Mengikut research aku, susah ujian ni. Tak kurang jugak ada yang cakap senang. So, aku akan rasa sendiri nanti hewhew. Mintak-mintak lah dapat oi! Teringin sangat nak masuk MRSM ni. Tak dapat MRSM TGB pun takpe lah asalkan dapat tempat lain ke aku on jek. SMT pun aku nak apply. Aku nak jadi engineer. UTM mu tunggu aku datang okay? Tekad aku nanti habis sekolah aku nak masuk UTM.

Nampak mustahil sebab aku ni taklah pandai sangat. Berkat doa dan usaha aku yakin aku boleh!

Malaysia boleh! Aku pun boleh!

Sabtu, 24 September 2016

15 Days More


Assalamualaikum..

Well, I think dah lama sangat aku tak update blog. Guess what? I'm going to face my big exam within 15 weeks more. Fuhh, entah dapat score ke tak but In shaa allah aku akan yang buat yang terbaik. Aku dah cuba sedaya upaya aku. Gais, doakan aku yea?





    IN SHAA ALLAH! STRAIGHT A IN MY HANDS

Selasa, 30 Ogos 2016

Sambutan Ambang Merdeka ! #8



Assalamualaikum and haii peepss! Dikesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia!

Semalam, 30 Ogos 2016. Kali pertama aku sambut malam merdeka and it was so happening! Aku pun tahu yang lain pasti keluar jugak semalam nak sambut malam merdeka kan? Korang sambut kan mana? Aku sambut di Dataran Kota Tinggi and seriously  sangat menyeronokkan.

Lepas solat maghrib semalam, aku dengan family siap-siap and terus pergi ke dataran. Sampai je kat bandar pergh jammed jangan cakap lah. Maybe sebab ada jalan yang ditutup so terpaksa guna satu jalan sahaja. Dah siap parking tu kitaorang jalan-jalan. Aku dah macam apa dah excited tengok lighting dia yang warna warni. Sampai je kat dataran, berderet kedai-kedai dibukak. Macam-macam kedai. Kedai jual baju,makanan,kasut,perfume amboi semua taknak kalah kau! HAHA. Aku bantai beli berhenggit-henggit keropok macam tu serious weh sedap ngat-ngat! Dah beli makanan, perhh tepat ontime show dah start. Orang pun dah makin ramai start datang dekat dengan pagar yang dia pasang tu.

Pengacara dia pulak whoa serius lawak. Banyak sangat perfomance semalam and i really enjoyed it. Lepas dia kenakan sorang pak cik and makcik ni, (aku malaih nak cita lawak pa depa buat) terus ada nyanyi. Yes! Ini yang aku tunggu!! Penyanyi cilik dari sekolah aku buat persembahan siot. Annabella Chua! Dia ni chinese but Im so impressed dengan kebolehan dia bertutur sangat fasih dalam bahasa melayu. Lagu Muafakat Johor (rasanya lah lupa) didendangkam. Oh maii suara dia merdu bak hang! Dengan baju lit-lit oh aku cakap dalam hati she's so beautiful. Orang Kota Tinggi apa lagi? Bersorak macam nak rak! Serious enjoy sangat tengok persembahan sambil mulut makan keropok hehe. Before that, dari petang lagi aku dah keluar tahu? Balik rumah dari sekolah pukul 2 then terus pergi bandar shopping. 

Balik pukul 6 petang and sambung lagi jam 8 malam kat dataran. Aku macam.. What?? Kau nak jalan pergi kelas yang tinggi tu pun nak tercabut kepala lutut tapi kalau berjalan fuhhh laju aje!  

Seterusnya kitaorang dihiburkan lagi pula dengan nyanyian Citra Band dengan lajunya Kuda Hitam. But, yang ni bagi aku biasa je huhu sebab aku tak paham lagu dia haha. Yang menariknya.. Ada artis datang fuhh paduu HAHA! Jep sepahtu and acheh( eja macam ni ke?) serius lawak dorang buat aku nak gelak gulung-gulung je sampai kat pentas sana. Tapi, yang paling aku sakit hati kau tahu bila? Bila si Jep ni cakap..

"Okay! Malam ni kita akan bersama artis jemputan. Iaitu sufian Suhaimi!!!( kot ) lagi kita ada akim and stacy! Syamsul yusuf dan juga rosyam noor!!" Pergh siot waktu tu orang bersorak gila babeng punya lah aku pun dah macam apa happy gila kot syamsil yusuf siapa je yang tak suka?

Tapi last-last...

"Ha, semua nya ada di KL!!!"

Aku dah macam ppfftt -,- terkena aku. Sakit betul ati semalam. And yes aku nak sangat tengok bunga api tapi... Mama aku nak balik awal frust taww taww.. Hmm, maybe next time boleh lagi kan? So kitaorang terus balik and bum bam bum bam tidur ahh semua. Takdak masa nak update/upload pic. Pagi ni jaa lah nak post nya..hmm, aku harap dapat jumpa someone semalam tapi hampehh habuk pun takde HAHA dia tak layan kot..

Semoga bertemu kembali.. Muah2 syg tat2 (bluerk sejak bila aku macam ni ha!)

Till then,

From me with love,

JUN

Selasa, 23 Ogos 2016

OH MY PT3 #5




Assalamualaikum!

Sebenarnya... aku temgah takut sekarang ni. Tengah berdebar dengan benda yang akan menimpa aku sekejap lagi. iaitu PT3. tak lama dah. Ada lah dalam 6 minggu 4 hari 17 jam 33 minit daripada sekarang. And aku pun dah dapat tahu dah serba sedikit pasal result aku. Setakat ni alah hai takde A lansung lagi. Apa nak jadi ni? So, aku terfikir-fikir aku nak berhenti lah sekejap. blog-blog bagai ni. Handphone pon dah kena kurangkan kan lah kalau macam gini ghopenya result aku.

Aku takde nak kata apa dah. Speechless hoi! Kla baiii
© Helena Ezz's Blog | Blogger Template by Enny Law