Helena Ezz's Blog
This is my story.The expression of my heart who does not have anything. I stand by my own feet because I know life is to discipline ourself
Selasa, 30 Ogos 2016
Sambutan Ambang Merdeka ! #8
Assalamualaikum and haii peepss! Dikesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia!
Semalam, 30 Ogos 2016. Kali pertama aku sambut malam merdeka and it was so happening! Aku pun tahu yang lain pasti keluar jugak semalam nak sambut malam merdeka kan? Korang sambut kan mana? Aku sambut di Dataran Kota Tinggi and seriously sangat menyeronokkan.
Lepas solat maghrib semalam, aku dengan family siap-siap and terus pergi ke dataran. Sampai je kat bandar pergh jammed jangan cakap lah. Maybe sebab ada jalan yang ditutup so terpaksa guna satu jalan sahaja. Dah siap parking tu kitaorang jalan-jalan. Aku dah macam apa dah excited tengok lighting dia yang warna warni. Sampai je kat dataran, berderet kedai-kedai dibukak. Macam-macam kedai. Kedai jual baju,makanan,kasut,perfume amboi semua taknak kalah kau! HAHA. Aku bantai beli berhenggit-henggit keropok macam tu serious weh sedap ngat-ngat! Dah beli makanan, perhh tepat ontime show dah start. Orang pun dah makin ramai start datang dekat dengan pagar yang dia pasang tu.
Pengacara dia pulak whoa serius lawak. Banyak sangat perfomance semalam and i really enjoyed it. Lepas dia kenakan sorang pak cik and makcik ni, (aku malaih nak cita lawak pa depa buat) terus ada nyanyi. Yes! Ini yang aku tunggu!! Penyanyi cilik dari sekolah aku buat persembahan siot. Annabella Chua! Dia ni chinese but Im so impressed dengan kebolehan dia bertutur sangat fasih dalam bahasa melayu. Lagu Muafakat Johor (rasanya lah lupa) didendangkam. Oh maii suara dia merdu bak hang! Dengan baju lit-lit oh aku cakap dalam hati she's so beautiful. Orang Kota Tinggi apa lagi? Bersorak macam nak rak! Serious enjoy sangat tengok persembahan sambil mulut makan keropok hehe. Before that, dari petang lagi aku dah keluar tahu? Balik rumah dari sekolah pukul 2 then terus pergi bandar shopping.
Balik pukul 6 petang and sambung lagi jam 8 malam kat dataran. Aku macam.. What?? Kau nak jalan pergi kelas yang tinggi tu pun nak tercabut kepala lutut tapi kalau berjalan fuhhh laju aje!
Seterusnya kitaorang dihiburkan lagi pula dengan nyanyian Citra Band dengan lajunya Kuda Hitam. But, yang ni bagi aku biasa je huhu sebab aku tak paham lagu dia haha. Yang menariknya.. Ada artis datang fuhh paduu HAHA! Jep sepahtu and acheh( eja macam ni ke?) serius lawak dorang buat aku nak gelak gulung-gulung je sampai kat pentas sana. Tapi, yang paling aku sakit hati kau tahu bila? Bila si Jep ni cakap..
"Okay! Malam ni kita akan bersama artis jemputan. Iaitu sufian Suhaimi!!!( kot ) lagi kita ada akim and stacy! Syamsul yusuf dan juga rosyam noor!!" Pergh siot waktu tu orang bersorak gila babeng punya lah aku pun dah macam apa happy gila kot syamsil yusuf siapa je yang tak suka?
Tapi last-last...
"Ha, semua nya ada di KL!!!"
Aku dah macam ppfftt -,- terkena aku. Sakit betul ati semalam. And yes aku nak sangat tengok bunga api tapi... Mama aku nak balik awal frust taww taww.. Hmm, maybe next time boleh lagi kan? So kitaorang terus balik and bum bam bum bam tidur ahh semua. Takdak masa nak update/upload pic. Pagi ni jaa lah nak post nya..hmm, aku harap dapat jumpa someone semalam tapi hampehh habuk pun takde HAHA dia tak layan kot..
Semoga bertemu kembali.. Muah2 syg tat2 (bluerk sejak bila aku macam ni ha!)
Till then,
From me with love,
JUN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Okay,actually dah lama habis dah 10/10/2016 lepas tapi aku membusykan diri so tak sempat lansung aku nak update blog. Bukan busy apa, busy ...
-
Assalam and hai peeps ! Well, sebenarnya sekarang takde lah banyak sangat masa yela bayangkan uolss trial exam pt3 aku besok tahu?? Aku ...
-
Assalamualaikum! Yes, finally today is the day! Dengan berakhirnya PT3, aku istiyharkan FREEDOM untuk diri aku sendiri HAHA! What a slee...
-
Hmm, ada yang tanya soalan macam ni pada aku. Tak kurang jugak yang up moments dan status. Hmm, kenapa yea korang dah study gila-gila, ta...
-
Assalamualaikum and haii peepss! Dikesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia...
-
Assalamualaikum.. Well, I think dah lama sangat aku tak update blog. Guess what? I'm going to face my big exam within 15 weeks more. ...
-
Assalamualaikum! Alhamdulilah. Last week I managed to sit for my trial on PT3. Well, I'm feel relieved because I dont need to stay up ...
-
Assalamualaikum! Sebenarnya... aku temgah takut sekarang ni. Tengah berdebar dengan benda yang akan menimpa aku sekejap lagi. iaitu PT3...
Pages - Menu
Blogger templates
Nice To Know You
Well, we are bloggers! Why not we know each other?
Blogroll
Archives
Dikuasakan oleh Blogger.
Pages
About Me
©
Helena Ezz's Blog | Blogger Template by Enny Law

Kita sambut di dataran merdeka kolumpor >,< salam singgah.. btw nama samaa
BalasPadamWell, happy independence day! btw,nama blog je kan sama??
Padam